Assalamualaikum

Selamat datang ke laman web ini.Sudi-sudilah dan selalu-selalu la buka laman web ini.Berbagai aktiviti bersama kawan2 akan di paparkan di sini termasuk la cerita lama dan cerita baru.Hm..ok la ..

Powered By Blogger

Pages

Saturday, April 9, 2011

KAYUHAN TERANG MALAM MINGGU DI PENANG

Apa khabar dan salam semua.Malam ni malm minggu,beberapa orang riders dari Geng Cap Ayam membuat kayuhan santai ke Penang Island.Memang meriah malam ini.Ada geng melepak,geng memancing,geng basikal brek tak dak(kebanyakan orang muda/budah sekolah/HipHop) dan macam2 lagi.Ada kes di Jeti masa nak p di mana ada geng kongsi gelap mencilok dengan kereta nak naik feri tapi di tahan dan menyebabkan feri delay 30 min.Ramai anggota polis di situ untuk mengawal situasi tegang.Apapun kayuhan ini tamat dengan jayanya.Tiada laporan kecederaan di laporkan cuma bro Mirul kena tarik mengkarung masa kayuhan balik ke Maybank Bagan.
Riders : Nizam Gts,Anas Race,Mirul XDS,Heizal and brother,Zamzamir
Riders last minit cancel : Zizan CVS
Route : Maybank Bagan - Feri - Padang Kota Baru - Padang Broom - Gurney Drive - Padang Kota Lama -
            Feri - Borr - Maybank Bagan
Jarak Kayuhan : 40 km
Masa Aktiviti : 8:15 PM - 1:00 AM


Mirul XDS & Anas Race begitu teruja dengan kayuhan kali ini.

Heizal,Anas Race & Zamzamir bergambar kenangan dalam feri menuju ke Pulau Pinang.

Tunggu order Pasembur di Padang Broom


Pasembur Penang.Sodap dengan harga berpatutan RM4 sepinggan


Berehat di Gurney Drive..ramai orang melepak di sini

Ni dia rider2 tegar yg menyertai ekspedisi kali ini..termasuk cameraman

Cameraman merangkap blogger pada malam ini..bravo

Bro Heizal begitu seronok malam ni.Sejarah tercatat pada malam ni..memang best katanya

Gaya riders dalam feri..

Berehat sebentar di Borr.sebelum Heizal & brother kayuh pulang ke Penaga.Yang lain kayuh patah balik ke Maybank Bagan

Bergambar berlatar belakang Pulau Pinang

Kayuhan tamat.Bersiap untuk pulang

Sekian , Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment