Assalamualaikum

Selamat datang ke laman web ini.Sudi-sudilah dan selalu-selalu la buka laman web ini.Berbagai aktiviti bersama kawan2 akan di paparkan di sini termasuk la cerita lama dan cerita baru.Hm..ok la ..

Powered By Blogger

Pages

Wednesday, December 14, 2011

SBK : TAHNIAH (BFULL SUCCESS)

Salam satu malaysia
Hari ini dalam sejarah dimana ketiga-tiga riders Bro Nizam,Bro Mirul,Bro Zizan berjaya mendapatkan lesen BFULL setelah lulus dengan cemerlang TEST JPJ.Seawal 7:30 pagi sudah terpacak di Kunci Rimbun Sg Ular kerana sudah tidak sabar2 lagi untuk mendapatkan lesen BFULL terutamanya Bro Zizan yang kali pertama ada lesen motor,BFULL pulak tu..tahniah buat beliau.

Data
TAJUK : TEST JPJ BFULL
Riders : Bro Mirul (jersey no15),Bro Nizam(jersey no 45),Bro Zizan (Jersey no 51)
Lokasi : Sekolah Memandu Kunci Rimbun Sg Ulaq
Motosikal : Virago 1100






Monday, November 28, 2011

Kenduri Kawin Koko Odd

Salam satu Malaysia
Hari hari yang bersejarah buat otai Gang Cap Ayam iaitu Koko Odd kerana menjadi Raja Sehari.Tahniah buat beliau.



Thursday, November 24, 2011

SBK - BFULL TRAINING PART 2

Hari ini bfull tarining satu hari 9am-4ptg.Keseluruhan jumlah belajar hari ialah 6 jam.Tinggal lagi 4 jam lagi belajar dan hari seterusnya QTI test iaitu in house test oleh tenaga pengajar untuk melayakkan diri untuk ujian sebenar(JPJ Test).Segalanya berjalan lancar hari ini.Hanya 2 riders saja hari ini kerana bro zizan ada hal yang tidak dapat dielakkan
Data
Riders: Bro Nizam,Bro Mirul
Lokasi : Sekolah Memandu Kunci Rimbun Sg Ular
Training : Bahagian 2(kecekapan) dan Bahagian 3(Jalanraya)sahaja
              .Bahagian satu dah tamat(lesen L)
Kenderaan : Virago 1100.
Bahagian yg mencabar: Meniti titi dengan masa lebih 7 saat.

Bro Mirul trng bhgn2 Menguji kecekapan.Titi,halangan kon,brek emergency,pusingan 8,dan selekoh tajam.

bersedia untuk memecut >20km/j untuk  ujian brek  emergency

Ujian Pusingan 8

Add caption

Bersedia untuk ujian selekoh tajam

Bro Mirul melepasi ujian selekoh tajam dengan jayanya

Next Rider.. bro Nizam.sudah bersedia

Ujian kecekapan pertama.melalui titi dengan jayanya >7 saat

Halangan ber KON..mudah je..

pusingan 8 mudah je..tapi lenguh tangan dok control handle sebab berat

success

bersedia untuk selekoh tajam

Ini pula ujian bahagian 3 (jalanraya).ujian ni la kena pakai tangan melambai-lambai,angkat tangan serender dan tengok belakang.apa-apa pun kena tengok belakang sebelum lambai tangan.kalau tak lori hantu mai langgar terus tak dak tangan

huhu..bukan tengok belakang saja2 ada markah tu..tak buat ,fail jpj

steady2..bhagian ni paling mudah,cuma ingat masa bila nak tengok belakang,lambai tangan.dan yang penting ikut kiri jalan.

Iklan:Lepas belajar p tengok motor plak

Kawasaki Versys..sesuai untuk touring. End

Saturday, November 19, 2011

Konsert Search Fenomena

Salam dan selamat sejahtera,
Hai..pheewiiiit!
Hari aku p tengok konsert Fenomena Search semepena 30 tahun Search.Memang sempoii...
Seawal 430 ptg dah sampai Batu Kawan tapi 5pm baru baru bleh masuk sebab entrance buka 5 pm..Dapat goodies baju selai,ok la.Pengacara pada kali ni ialah BenAF dan NanaAF.Sebelum kemuncak ada la 3 band yang membuat persembahan seperti project pistol,sofea,caravan cancer(metal gila) dan satu band lagi apa entah..band baru kut,di selang seli dengan lawak geng senario Azli,Yasin,Angah AF(memang lawak gila).
Acara kemuncak terpaksa delay 1 jam setengah sebab hujan lebat.Apa-apa pun memang puas hati.Search beraksi selama 2 jam dan memang best..tak sia sia tunggu.
Data Konsert
Konsert : Fenomena Sempena 30 tahun Search
Band Undangan : Band baru,project pistol(edry Hashim),Caravan cancer,Sofea,
Pelawak : Geng Senario Azli dan Yasin,Angah Toyol
Pengacara : Ben AF dan Nana AF



Mentor konsert kali ini..Chicarito Izam

Siap dengan khemah untuk barangan penaja..DEFINE

Hadiah utama dengan satu penyertaan untuk rm30 belian..ranjau semua tu..yg dapat kawan2 penaja..pastu kena bagi balik la..haha

Kedai pertama pacak di sini..jual baju.11 pagi dah buka kedai..acara 5 pm.

Time 4:40 petang,hujan renyai2..tunggu entrance buka..sediakan payung sebelum hujan.RM5


fullamak..

Hujan dah berhenti..standby masuk konsert

Entrance dah buka..bleh masuk plan2

ada checking takut ada mercun bola.kena scan lagi

dah ada dalam..tak ramai orang lagi.