Hari ini blogger menyertai kayuhan malakoff day 1 round island d penang.Seperti di janjikan 5:30 pagi di shell bke,Blogger,Odd,Hakim dan bro Zizan sebagai safety car bertolak ke Penang.Singgah subuh di masjid negeri dan bertolak ke Taman Belia.Bro zizan sukarela tolong ambil no plate sebab riders bersiap(pasang basikal,tukar tayar pancit,pam tayar 120 psi dan salin seluar baju).Dengan adanya bro zizan segalanya berjalan lancar.Dan riders bertolak tepat jam 7 pagi.Kayuhan malakoff day 1 ni banyak naik bukit dan turun bukit.Memang best..ramai2 tak terasa teruknya kayuh naik bukit.Malang bagi blogger tayar depan pancit lagi selepas balik pulau dan dengan pantas di tukar dengan rim sklai(plug&play) oleh support car.Kayuhan ini berjalan lancar.Thanks untuk organizer,polis,support car,ambulan dll.
Riders : NizamK,Koko Odd,Hakim
Route : Taman Belia,Taman Lipsin,Balik Pulau,Telik Bahang,Batu feringghi,Taman Belia
Jarak Kayuhan : 68 km.
jom layan pic
Kuota standby.Tapi tayar depan pancit.Malam baru pancit.
kayuhan bermula melalui greenland
Bukit pertama kat taman lipsin
Bukit ke 2..bukit baru ke balik pulau
Tiba di checkpoin pertama..puncak bukit baru
Selepas pekena pisang & 100plus free
Berjaya kayuh non stop naik bukit..hehe
ni dia yg ambik gambar tadi..bro Hakim
Koko Odd sedang ambil pic.Standby sambung kayuh
Alamak tayar pancit plak..suffer la..tengah syok kayuh tu..
laluan bukit landai ke Teluk Bahang
Hampir tiba di empangan..check point terakhir makan pisang free
tengah makan pisang..ambik pic dulu
No 554..no plate beskat blogger
banyak marshall polis hari ni..motor kuasa tinggi semuanya
Bro Hakim di barisan depan..cucuk rapat Anuar manan
Kayuhan tamat..ambil goodies..
Bersama koko odd
riders lama dan baru
bro zizan skali lagi tolong ambik goodies..thanks bro...peace
pekena nasi beriani kapitan sebelum pulang
Ok..adios jumpa lgi esok..malakoff 170km
Tamat Day 1 Malakoff -Round Island
perrrgghhhh!!! motor pun kalo panjat bukit baru pegi Balik Pulau pun guna gear 2 nak laju cikit pun.. ni naik basikal panjat! ;0
ReplyDelete