Hari ini geng KUOTA KHARMA membuat lawatan ke Ladang Anggur Tasik Beris.Laluan rolling dan berbukit menguji tahap mental riders.Riders pada hari ini ialah Nizam Kharma Classic dan Anas Kharma Race.Hari ini tercipta sejarah buat Anas Race kerana berjaya kayuh ke Ladang Anggur,Tasik Beris dan berjaya membuat kayuhan lebih 100 km.Buat blogger ini ialah kali ke 2,memang holiau kayuh ke sini .Aktiviti rolling dengan RB di sini memang jenuh, kalau tak lepaihh rolling jenuh kaki kena kayuh.Kemungkinan kaki cramp/mengkarung sangat tinggi.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun hampir-hampir kena mengkaung.Bermula agak lewat pada pagi ni.Cuaca kali ini panas tapi tak terik.
Data Kayuhan
Riders : Nizam KUOTA KHARMA CLASSIC dan Anas KUOTA KHARMA RACE.
Route : Maybank Hitec - Jalan Kampung(depan First Solar)-Inokom-Merbau Pulas-Kuala Ketil-Parit Panjang-Sik-Ladang Anggur Tasik Beris.
Jarak Kayuhan : 161 km
Masa Kayuhan : 7 jam 17 min
Jumlah Masa Keseluruhan : 8:30 pagi - 7 petang.(puaiih)
Kelajuan purata : 23km/hrs
Kelajuan Max :49 km/hrs
Kuota Kharma Classic |
Anas Race tiba dengan ceria. |
Akativiti cekang tayar..120 psi..jangan sampai meletup sudah la |
Kuota Kharma Race |
Blogger tegar |
Kayuhan bermula..warm up dulu |
Melalui jalan kampung depan First Solar Hitech |
Lawa jersey..baju khas yang baru di beli untuk LeTua ni.Cervelo |
Anas Race menikmati kayuhan RB |
Oraiit..singgah makan nasi dulu untuk tambah tenaga.Di persimpangan Kejai menghampiri Kuala Ketil. |
Kayuhan di teruskan lagi.Melepasi Kuala Ketil. |
Sejauh mata memandang berat lagi bahu yang memikul..haha |
Semasa menuju Parit Panjang terserempak sekumpulan RB dari MKH kut..depa dah balik..kami baru nak p..kuat kan mental.Gambar tak dan snap sebab laju kut haha |
Take 5 di Petronas Parit Panjang. |
100 plus..minuman kegemaran riders. |
Take 5..sekejap sahaja. |
Selamat datang ke Sik |
Ok rehat dulu sebelum terus kayuh ke Ladang Anggur. |
Sabar...dah nak sampai |
Tiba di destinasi. |
ini kabus ka atau bayangan lengan |
Rehat di warung tepi Tasik Beris. |
The reward.....sodap nasi goreng ni.. |
Bersiap sedia untuk pulang. |
Ladang Anggur..pengunjung tak berapa ramai tetapi silih berganti..sodap air anggur fresh. |
Huh..jangan sampai malam sudah la..bahaya..tak dak lampu. |
Rehat di Petronas Patit Panjang |
Kayuhan balik agak cepat sikit..mungkin laluan balik agak kurang bukit. |
Menghampiri traffic light INOKOM |
Kayuhan TAMAT dengan jayanya..sekian |